Tanaman hiasan selain manfaatnya sebagai penghias rumah, ia juga bermanfaat sebagai pembersih udara. Tanaman hias pembersih udara tentunya sangat bermanfaat untuk setiap orang yang rumahnya berada di kawasan bandar yang dipenuhi dengan pencemaran udara. Pencemaran udara boleh mengurangkan kualiti kebersihan dari oksigen disekitar kawasan tersebut walaupun kita semua tahu bahawa oksigen sangat diperlukan untuk kelangsungan hidup yaitu berperanan sebagai proses pernafasan.

 

1

1. Bunga Chrysanthemum

Jenis tanaman hiasan bunga ini sering juga disebut dengan sebutan  ‘mum’. Tanaman ini adalah sejenis tanaman hiasan bunga yang indah. Jika kita merawatnya dengan baik dan betul, bunga ini boleh tahan selama 6 minggu. Bunga Chrysanthemum ini dapat menyerap ammonia, xylene, formaldehyde dan benzene. Cara merawatnya dengan meletakkan bunga chrysanthemum ini pada tempat yang terkena cahaya, tetapi bukan cahaya yang langsung dari matahari. Sentiasa memeriksa kelembapan tanahnya agar sentiasa lembab.

 

2

2. English Ivy (Hedera helix)

Sirih gading atau english ivy merupakan tanaman pembersih yang popular di Eropah dan Inggeris. Kebanyakan rumah, dinding dan atap ditumbuhi dengan tumbuhan ini. Tanaman English ivy dapat mengurangkan kandungan bahan kimia yang berbahaya seperti karbon monoksida, benzene, trichloroethylene, formaldehyde, toluene, dan xylene. Selain itu, tumbuhan ini juga mampu meneutralkan bahaya asap rokok. Tumbuhan yang mudah dirawat, hanya perlu ruang kecil, cahaya yang minimum, dan air yang cukup.

 

3

3. Dragon Tree

Dragon tree adalah salah satu spesies tanaman yang berasal dari tanaman hiasan daun dracaena. Memiliki batang yang tinggi dan keras dan daunnya panjang berwarna hijau tua. Disebabkan tanaman ini dapat tumbuh lebih tinggi, ia sesuai diletakkan di sudut rumah atau pejabat. Tanaman hiasan jenis ini dapat menyerap racun pada udara yang disebabkan oleh petrol dan varnis.

 

4

4. Aloe Vera – Lidah Buaya

Lidah buaya atau nama latinnya Aloe vera merupakan salah satu jenis tanaman hiasan yang digunakan sebagai penyubur rambut, penyembuh luka dan kini mula dikembangkan sebagai bahan industri kosmetik, farmasi, makanan, minuman dan kesihatan ini ternyata mampu dijadikan sebagai pembersih udara. Lidah buaya dikatakan mampu meneutralkan racun benzena, formaldehida (formalin), dan pelbagai bahan kimia lainnya.

 

5

5. Sirih Gading (Devil’s Ivy atau Golden Pothos)

Sirih Gading mempunyai corak warna gading yang sangat menarik. Tanaman hiasan ini akan kelihatan sangat cantik apabila ditanam pada pasu gantung di dalam ruangan rumah kerana daunnya yang menjalar akan terjuntai ke bawah. Sirih gading juga sangat cantik apabila digantung pada dinding rumah ataupun disimpan di tepi bilik tidur. Daun dari tanaman ini dapat membersihkan udara dengan cara menyerap racun-racun dari pelbagai macam pencemaran di udara.

6

6. Spider Plants

Tanaman hias ini dikenali sebagai Spider Plant kerana bentuknya seperti labah-labah. Tanaman ini dapat membuang zat karbon monoksida dan nitrogen dioksida yang ada di dalam rumah yang dapat mengurangkan zat-zat pencemaran udara. Tanaman pembersih udara ini mampu menyerap benzena, formaldehida, karbon monoksida, bahan kimia pada industri kulit, getah dan percetakan.

 

7

7. Snake Plants or Mother of Law Tongue / Lidah mertua (Sansevieria trifasciata)

Lidah mertua atau snake plant merupakan salah satu tanaman terbaik untuk membersihkan udara di ruangan rumah atau di pejabat. Tanaman ini dapat meneutralkan formaldehyde, benzene, dan nitrogen oksida. Selain itu, tanaman ini juga mampu mengurangkan tahap karbon dioksida. Snake plant dapat tumbuh pada cahaya yang minimum dan kurang air, kecuali musim kemarau. Kemampuan daunya menyerap wap air menjadi salah satu kelebihan kepada tanaman snake plant.

 

8

8. Golden Photos (Epipremnum aureum)

Tanaman hias ini adalah sejenis tanaman hiasan dalaman. Golden photos dapat tumbuh dengan pelbagai keadaan cahaya. Tanaman hias ini dapat mengurangkan zat-zat seperti toluene, karbon monoksida, formaldehyde, xylene dan benzene.

 

9

9. Peace Lily (Spathiphyllum)

Salah satu tanaman yang mampu membersihkan udara di dalam ruangan rumah iaitu bunga lili. Tanaman ini mampu meneutralkan gas-gas pencemaran seperti formaldehyde, benzene, xylene, trichloroethylene, karbon monoksida, dan amonia yang bercampur dengan udara dalam ruangan. Selain itu, bunga ini juga mampu menyerap acetone dan alkohol yang berasal dari bahan pelekat dari pembersih dan barang elektronik.

 

10

10. Red-Edged Dracaena

Tanaman hiasan ini dikenali sebagai tanaman pembersih udara yang sangat baik. Red-Edged Dracaena merupakan tanaman yang memiliki daun yang panjang dengan hujung daunnya runcing, serta memiliki daun berwarna putih, merah, atau krim. Tanaman hiasan ini mampu menghilangkan racun di udara seperti benzene, xylene, formaldehyde dan trichloroethylene.

 

Moga Bermanfaat !
#WanitaMaya