Kadang-kadang anda bertanyakan soalan kepada orang lain yang anda mungkin tidak sedar ianya terdengar sedikit kasar. Jika anda ingin mendapatkan jawapan yang lebih baik dari sebuah perbualan atau pertanyaan, pastikan anda menggunakan soalan atau “Ayat Tanya” yang sesuai seperti berikut:-

1. Awak buat apa?

Ayat tanya ini lebih sesuai digunakan untuk bertanyakan soalan dengan apa yang dilakukan oleh seseorang itu.

Sebaliknya bertanya: “Apa yang membuatkan anda sibuk?”


Ayat Tanya ini lebih lembut dan tidak terdengar kasar. Dengan itu dapat memberikan seseorang itu keyakinan untuk berkongsi apa yang mereka lakukan dan sedang lakukan.

2. “Adakah anda mempunyai teman lelaki / teman wanita lagi?”

Tidak semua orang akan bercerita tentang teman lelaki/teman wanita mereka. Ayat tanya ini tidak sesuai untuk bertanyakan apabila melihat rakan anda keluar dengan orang lain. Jika tidak, mereka akan mengatakan orang tersebut adalah kawan atau rakan sekerja waima orang itu adalah teman lelaki/teman wanita mereka.

Sebaliknya bertanya: “Dengan siapakah anda keluar hari ini?”


• Jika mereka keluar dengan kawan, mereka akan mengatakan yang mereka keluar dengan kawan dan kemungkinan besar juga mereka akan berterus terang keluar dengan teman lelaki/teman wanita.

3. “Bila kamu berdua mempunyai anak-anak?”

Soalan atau ayat tanya ini sangat berbahaya terutama kepada pasangan yang belum mempunyai anak walaupun sudah lama berkahwin, dan ia juga agak menjengkelkan untuk pasangan yang memilih untuk tidak mempunyai anak.

Sebaliknya bertanya: “Apa perancangan anda dan suami / isteri anda pada masa akan datang?”

Soalan atau ayat tanya ini sangat sesuai kerana kemungkinan pasangan suami isteri sudah mempunyai perancangan lain yang tidak diketahui oleh orang lain termasuklah perancangan zuriat, harta, percutian dan perancangan lain.

4. “Berapa banyak yang anda bayar untuk semua barang-barang tersebut?”

Jika anda melihat rakan-rakan anda membeli barang atau perabot seperti sofa, TV, peti ais dan beberapa perabot mahal lainnya, anda pasti akan bertanya tentang harga keseluruhan barang-barang tersebut. Elakkan menggunakan soalan atau ayat tanya ini kerana soalan ini akan menyinggung perasaan rakan-rakan anda dan seolah-olah anda mempertikaikan kemampuan mereka untuk membeli barang-barang tersebut.

Sebaliknya bertanya: “Adakah anda mengetahui sebarang tawaran harga yang menarik dari syarikat lain?”

Soalan atau ayat tanya ini sangat sesuai kerana ini menunjukkan yang anda berminat untuk mengetahui tawaran-tawaran istimewa daripada rakan anda dan rakan anda akan teruja untuk memberitahu tentang tawaran-tawaran tersebut. Dengan itu anda akan mengetahui secara sendirinya mengapa rakan anda dapat membeli barangan dan perabot dengan jumlah yang banyak.

5. “Berapakah sewa rumah anda?”

Jika anda ingin mencadangkan sebuah kawasan perumahan untuk disewa kepada orang lain atau kawan-kawan anda, anda tidak perlu bertanyakan berapa sewa rumah mereka. Soalan seperti ini akan memberi kejutan kepada mereka dan peratus untuk mereka memberi respon yang baik adalah rendah.

Sebaliknya Tanya: “Adakah anda fikir sewa rumah di kawasan ini adalah munasabah?”

• Jika anda menggunakan soalan atau ayat tanya seperti ini, ia menunjukkan bahawa anda ingin membantu orang lain untuk membuat kajian berkaitan harga sewa rumah disesuatu kawasan. Selepas mereka menjawab soalan anda, anda boleh mencadangkan mereka beberapa kawasan perumahan yang sewanya lebih murah berbanding sewa rumah mereka sekarang.

6. “Bila anda boleh siapkan rumah ini?”

Jika anda meminta tolong kepada orang lain untuk mengubahsuai rumah, anda tidak sepatutnya menggunakan soalan atau ayat tanya seperti ini. Soalan ini bukan sahaja akan melambatkan proses pengubahsuaian rumah, tetapi soalan seperti ini hanya akan menambahkan tekanan kepada si pengubahsuai rumah.

Sebaliknya bertanya: “Apakah status perkembangan pengubahsuaian rumah setakat ini?”


• Tidak perlu untuk memberikan tekanan kepada seseorang yang tengah berkerja dan bersusah payah dalam mengubahsuai rumah anda. Sebaliknya jika ingin mengetahuinya anda hanya perlu bertanya tentang perkembangan pengubahsuaian tersebut. Dengan itu, mereka akan menjawab soalan anda dengan baik dan akan memberitahu tentang perkembangan pengubahsuaian rumah anda.

#WanitaMaya

Instagram : @wanitabaruwanitamaya