PERANAN AGENSI KAUNSELING DAN PENGURUSAN KREDIT (AKPK) DALAM MENGURANGKAN HUTANG ISI RUMAH

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) adalah sebuah badan pengurusan kredit yang terletak dibawah Bank Negara Malaysia.

AKPK tidak memberi bantuan pinjaman kewangan tetapi membantu memberi khidmat kuanseling berkenaan pengurusan kredit dan kewangan serta membantu mereka menyelesaikan beban hutang isi rumah dengan cara menyusun semula bayaran bulanan dengan kadar yang lebih rendah sekaligus meringankan beban si penghutang.

JENIS PERKHIDMATAN

AKPK menyediakan perkhidmatan seperti berikut:

Kaunseling dan nasihat mengenai pengurusan kewangan  : https://goo.gl/XVQnG8

Memberi anda kaunseling dan nasihat berhubung belanjawan kewangan, pengurusan wang dan isu-isu kredit termasuk membantu anda membuat belanjawan untuk mengurus perbelanjaan anda.

Program pengurusan kredit : https://goo.gl/0H1V1b

Membantu anda dalam menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda. Pelan tersebut akan membantu anda untuk membayar balik pinjaman dan mengawal semula kewangan anda.

Pendidikan kewangan : https://goo.gl/2Nfs8I

Menyediakan program dan bahan pendidikan, terutamanya mengenai penggunaan kredit pengguna secara betul dan kemahiran asas pengurusan wang serta tip untuk menggunakan kredit secara bertanggungjawab.

PANDUAN MENYERTAI PROGRAM PENGURUSAN KREDIT (PPK) AKPK

1324

MAKLUMAT LANJUT

POWER! AKPK Infoline

03-2616 7766

https://www.facebook.com/AKPKofficial

https://twitter.com/AKPKofficial