Berikut adalah senarai Apikasi yang boleh dimuat turun ke telefon pintar atau tablet anda bagi mendapatkan info atau teknik yang sesuai untuk dekorasi rumah anda.

…………………………………………………………………………..

picture1

Harga                                     : Percuma

Sistem Operasi sesuai           : iOS, Android

1. Homestyler Interior Design By Autodesk

Dengan kecanggihan Google Play dan iTunes App, anda boleh muat turun aplikasi Homestyler yang mempunyai ciri-ciri yang bermanfaat dalam menghias rumah dengan pelbagai reka bentuk seperti reka bentuk model 3D perabot sebenar dan macam-macam bentuk lain lagi.

2

Harga                                     : $6.99- iOS, $4.99-Android

Sistem Operasi Sesuai          : iOS, Android

2. Photo Measures (Ukuran gambar)

Ketika hendak membeli perabot, kadang-kadang kita tidak tahu ukuran bilik sebenar. Dengan menggunakan aplikasi ini, sangat mudah untuk menyimpan nota dalam telefon untuk ukuran setiap bilik. Dengan aplikasi ini juga, anda boleh menerokai teknologi untuk menyimpan panduan visual dari semua dimensi bilik anda. Ini memudahkan anda untuk memilih perabot yang bersesuaian dengan saiz ruang bilik anda.

3

Harga                                     : Percuma

Sistem Operasi Sesuai          : iOS

3. Artfully Walls Try on Wall (Dinding Galeri berseni)

Dinding galeri berseni dapat membantu anda untuk menghias dinding rumah tanpa meletakkan lubang pada dinding seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah.

4

Harga                                     : $2.99 –  iPhone, $4.99 – iPad

Sistem Operasi Sesuai          : iOS

4. Mark On Call

Pada masa kini orang ramai sangat suka menggunakan khidmat dan nasihat daripada pereka dalaman untuk membantu dalam menyusun atur perabot di dalam rumah. Tetapi dengan menggunakan aplikasi ini, anda boleh menyusun perabot mengikut cita rasa anda tanpa menggunakan khidmat dan nasihat daripada pereka dalaman lagi. Kaedah-kaedah seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah.

5

Harga                                     : Percuma

Sistem Operasi Sesuai          : iOS

5. SnapShop Showroom

Dengan menggunakan aplikasi SnapShop, anda boleh memilih jenis barangan atau perabot daripada pelbagai jenama yang dipaparkan dalam aplikasi ini. Selain itu, anda juga boleh memilih barangan atau perabot yang sesuai untuk ruang dalam rumah anda. Sebagai contoh, anda boleh memilih warna dan bentuk sofa yang sesuai dengan ruang rumah anda seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah.

Sumber : http://www.apartmenttherapy.com/5-home-decor-apps-to-make-decorating-easier-237245

#WanitaMaya

FB : Media Baru Wanita Maya

Instagram : @wanitabaruwanitamaya