gfx-banjir

Sebelum Banjir

  • Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
  • Pastikan sistem amaran banjir, cara ianya disampaikan dan maklumat persediaan banjir tempatan.
  • Periksa lubang air samada longkang atau saluran najis.
  • Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak melimpah masuk melaluinya.
  • Pastikan pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana di tempat anda, buat plan dan latihan pemindahan kecemasan. Sediakan Peralatan Kecemasan.
  • Pastikan seluruh ahli keluarga anda mengetahui Cara-cara Bertindak Semasa Kecemasan di rumah.


Sebelum Banjir – Semasa Tanda-Tanda Dikesan

  • Dengar pengumuman dari radio.
  • Penuhkan tong, bekas, sinki atau tab mandi dengan air bersih, semasa banjir air mungkin menjadi kotor.
  • Bawa masuk perabot atau perkakas di luar rumah.
  • Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama dalam bekas kalis air.
  • Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas. Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.

Semasa Banjir – Di Dalam Rumah

  • Dengar pengumuman dari radio.
  • Bersedia dengan peralatan kecemasan.
  • Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.

Semasa Banjir – Di Luar Rumah

  • Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat.
  • Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus yang deras boleh menghanyutkan anda.
  • Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir samada dengan sampan mahupun berjalan kaki. Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
  • Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong. Jangan minum air banjir.

Semasa Banjir – Di Dalam Kenderaan

  • Jangan terus mengharungi kawasan banjir, berpatah balik.
  • Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan anda dan tinggalkan ia, pergi ke tempat yang selamat.

Semasa Banjir – Semasa Pemindahan

  • Apabila menerima arahan, segeralah berpindah.
  • Berpindah awal sebelum air banjir meningkat atau semasa siang, ianya lebih mudah dan selamat.
  • Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.
Maklumat Lanjut :

http://portalbencana.ndcc.gov.my/Portal/Board/Detail?board=136&entity=8054

Talian APM Hotline 24 Jam : 

http://www.water.gov.my/index.php?option=com_content&task=section&id=21&Itemid=969&lang=my&showall=1

Info Banjir

http://publicinfobanjir.water.gov.my/

  • Sistem Infobanjir berfungsi dengan menghimpunkan maklumat hujan dan aras air secara real-time daripada hampir 500 stesen hidrologi di seluruh negara.
  • Maklumat penting seperti tempat pemindahan, status banjir dan maklumat amaran hujan dan aras air sungai dipaparkan secara interaktif.
  • Selain daripada memaparkan maklumat amaran hujan dan aras air semasa, sistem infobanjir ini juga akan memaparkan imej sebenar keadaan sungai secara real time.
  • Data – data tersebut juga diguna bersama dengan agensi -agensi lain seperi Agensi Pengurusan Bencana Negara, Lembaga Urus Air Selangor dan lain-lain

Pusat Pemindahan

Kelantan: eBanjir Portal V1.01

Terengganu: KENYATAAN BANJIR NEGERI TERENGGANU

Semakan Pusat Pemindahan JKM: Status Terkini Mangsa Di Pusat Pemindahan – eJKM Online

Status Terkini Mangsa Di Pusat Pemindahan – eJKM Online

http://jkt.kpkt.gov.my/resources/index/pdf/Persidangan_2015/persidangan%20kesihatan/Pengurusan_Banjir_MPK.pdf

Pengurusan Banjir Majlis Perbandaran Kemaman semasa Banjir 2014
http://www.civildefence.gov.my/blog/berita-semasa/banjir-apa-tindakan-anda/

http://npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_3_gerak_kerja_sebelum_semasa_selepas_-_edit__2_.pdf